SIAPA YANG MENEMUI KEAJAIBAN BIJI APRICOT?

Pada tahun 1950, setelah bertahun-tahun penyelidikan, Dr. Ernest T. Krebs, seorang doktor biokimia telah menemui satu vitamin lalu menomborkannya sebagai Vitamin B17 dan dipanggil Laetrile.

Setelah beberapa tahun, orang ramai semakin percaya bahawa Dr. Krebs telah menemui pengawal dan penyembuh kanser iaitu Vitamin B17, ramai pesakit kanser yang telah sembuh setelah mengambil vitamin tersebut. Namun begitu, beberapa ketika kemudian, organisasi multinasional farmaseutikal melancarkan propaganda bahawa Vitamin B17 membawa maut dan tidak berkesan merawati kanser. Vitamin B17 tidak diiktiraf dan tidak dibenarkan sebarang pengeluaran dan penjualan di Amerika Syarikat. Sekiranya Vitamin B17 berleluasa, industri kemoterapi, radiasi dan pembedahan kanser yang mengaut keuntungan jutaan dolar pasti akan lingkup. Sebab itu propaganda itu dilancarkan.

Selepas itu, Dr. Krebs berpindah ke Mexico dan penemuannya disambut baik di sana. Hospital-hospital di Mexico menawarkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Setiap tahun, ramai rakyat Amerika Syarikat yang pergi ke Mexico untuk mendapatkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Peratusan besar daripada mereka berjaya dirawati, malahan pesakit yang berada di tahap 'menunggu masa' (terminal cancer) juga sembuh. Hanya sebilangan kecil yang tidak berjaya kerana organ dalaman mereka telah teruk dirosakkan oleh rawatan kemoterapi dan radiasi.

Tetapi di sudut lain, FDA, AMA dan American Cancer Society masih meneruskan propaganda mereka mangatakan Vitamin B17 adalah tipu semata-mata. Dan oleh sebab itu, beratus-ribu pesakit kanser mati setiap tahun disebabkan rawatan pembedahan, kemoterapi dan radiasi, sehinggalah sekarang.